Assalamualaikum...
Alhamdulillah, ini post kedua buat blog nie... tak da apa pun nak diungkapkan cuma sebagai satu pembuka tahun baru bagi sem baru di Institut Pentarbiahan Islam nie...
SETIAP orang ada azam baru masing-masing nak mencapai sesuatu yang terbaik buat diri sendiri. tetapi dalam mencapai azam baru nie, jangan lupa azam yang lepas yang masih tak tertunai, boleh up-date balik untuk tahun nie, dan berusahalah untuk mencapai azam tersebut. jangan pula, sekadar berazam tapi tidak pula berusaha nak mencapainya, yang tu sama la dengan orang yang hanya bertawakkal tapi tak berusaha...
Peringatan buat diri dan juga semua, dalam berazam untuk tahun nie dan tahun-tahun yang akan datang, fikirlah dan berazamlah untuk Islam jugak... jagan hanya fikir untuk diri sendiri sahaja... memangla ada orang kata kalau azam untuk diri sendiri pun tak sttle, macam mana nak fikir untuk Islam... betul ke cam 2? tapi, tak salahkan kalau kita fikirkan untuk Islam dari kita fikirkan untuk keseronokkan diri kita.. konsepnya macam nie la, bila kita berfikir untuk Islam, secara tidak langsung kita akan membuka hati kita untuk kita perbaiki diri kita. betul tak??
Berfikir untuk Islam tu tak semestinya hanya berfikir sampai ke tahap nak membina negara islam... memangla susah bila fikir benda yang terlalu jauh... buat permulaannya kita boleh berfikir untuk islam dengan cara bagaimana nak buat Islam nie menang sama ada melalui diri kita belajar bersungguh-sungguh untuk dapat pointer elok... so. secara tidak langsung, non-muslim tegok orang Islam nie bijak...itu pun dah jadi dakwah kita kepada non-muslim. macam-macam cara lagi untuk kita buat untuk Islam nie...fikirlah dan berazamlah untuk AGAMA, dan DIRI...insyaAllah azam tu dapat dicapai ditambah pula dengan Redho Allah...
My New Life 2021
3 years ago
0 comments:
Post a Comment