CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 17, 2010

Buatmu sahabat-sahabatku...


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak hari nie gunakan pautan wireless maktab...boleh la post bahan. tapi hari nie tak dak nak cakap pape. cuma nak buat bingkisan buat sahabat-sahabiah yang banyak membantu diri ini dalam mencari jalan menuju redho-Nya.


Tanpa sahabat-sahabat sekalian, mungkin diri ini sentiasa dalam kelalaian dan leka dengan keseronokan dunia. biasalah dunia nie kan hanya pesinggahan buat semua insan yang bernama manusia. Dunia inilah tempat kita bercucuk tanam dan kat SANA lah kita nak kutip hasil yang dah kita tanam. cuba kita fikirkan, kalau kita tak bercucuk tanam, hasil apa kita nak kutip?? mesti deritakan hidup, kalau tak tanam pastu tak ada apa-apa hasil nak pungut. Mesti susahkan hidup kita??


Tambah pula, syaitan-syaitan pun datang hanya nak menghasut hati-hati ini mengikut mereka. firman Allah yang mafhumnya, syaitan itu yang membuatkan semuanya terasa indah di pandangan mata. Sebab itu lah, wahai jiwa-jiwa yang tenang marilah kita kembali kepada yang Maha Pencipta. Isikan segala kekosongan dihati nie dengan meningati Allah. "Sesungguhnya, ketahuilah bahawa dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir"


Alhamdulillah, kita patut bersyukur sebab masih ada sahabat-sahabat yang sentiasa nak bagi nasihat dan sudi nak dengar segala masalah kita. itulah kepentingan adanya sahabat dalam perjalanan hidup ini. kalau dia tegok kita bermasalah, dia akan tolong kita...


Sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah apabila kita melihat dia kita ingat kepada ALLAH.

Buat semua sahabat-sahabat, syukran sebab masih sama-sama kuat untuk teruskan perjalanan hidup ini untuk agama ini.

0 comments: