CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 25, 2009

ALHAMDULILLAH...




ASSALAMUALAIKUM W.B.T


Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...

sebenarnya, nie blog baru saya.. yang lama dulu yang nie http://isyatulradhiah.blogspot.com/. Atas sebab yang tidak dapat dielakkan saya kena tukar blog baru... nak cerita pon segan sebab malu je kalau cerita. tapi sila lah melawat blog lama saya tu...

Buat post terbaru blog nie, saya taknak banyak cakap sangat. cuma saya nak cerita sikit pasal musibah yang Allah bagi pada hamba-hambaNya adalah bersebab. Sesungguhnya, Allah tidak mensia-siakan hambaNya sebab dia sayang hambaNya yang sentiasa patuh dan beriman padaNya.

Sekalipn, kita rasa sakit dengan ujian yang Dia bagi, namun kalau kuat Iman dalam hati, Insyaallah.. kita mampu hadapinya. sebabnya Allah pernah cakap Dia takkan uji seseorang hambaNya kalau hambaNya tu tak mampu. sebenarnya, kalau besar mana pun Allah uji kita, tu tanda Dia sayang kita, tu jugak tanda Dia masih perhatikan kita, tu jugak tanda dosa-dosa kita dihapuskan. sebabnya, kita secara sedar dan tak sedar tak lepas dari dosa.. betol tak? kadang-kadang dengan perkataan pon boleh buatkan kita jadi berdosa.



tau tak sebab apa? sebabnya, kita kadang-kadang nak buat lawak tapi dengan sakitkan hati orang. contohnya, gunakan nama orang yang ada sekali dengan kita tu untuk tujuan jenaka... boleh ke macam tu?

hmmm, tu lah namanya manusia... takda yang sempurna... sentiasa melakukan kesalahan, tapi Allah paling sayang orang yang buat kelsalahan dan kemuadiannnya bertaubat atas kesilapannya... kalau boleh kita nak jadi orang yang sentiasa di bawah Naungan Allah... oleh itu, banyak-banyak lah bertaubat atas dosa-dosa yang kita lakukan sama ada sedar mahupun tak sedar...


kalau kata-kata yang terbit dari mulit kita tu banyak menyakitkan hati insan lain, baik kita senyap... sebabnya lebih baik tak bercakap dari sakitkan hati manusia lain. jadikan DIAM KITA SEBAGAI BERFIKIR DAN BERKATA KITA SEBAGAI ZIKIR... tu kan lebih baik... mudah-mudahan kita mendapat manfaat dari apa yang saya sampaikan...

nie kata-kata yang saya dapat dari sahabat saya,
"Mukmin itu jiwanya damai, tak mudah tergoncang oleh ujian. Baginya, ujian adalah TARBIYAH dari ALLAH, tanda kasih-sayangNya, jua penghapus dosa."

Akhir kalam, salam Aidil Adha...

0 comments: