CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, January 19, 2010

Buatmu wanita yang bakal bergelar ISTERI...






Assalamualaikum...
hmmm...tak dinafikan setiap manusia yang dewasa mesti akan fikirkan jugak pasal perkahwinan dan bagi perempuan, dia mesti memikirkan siapakah yang akan menjadi rijal di hatinya yang dapat didik dan pimpin jiwa-jiwa yang lemah ini ke jalan-Nya...betul kan?? bagi lelaki pula mungkin memikirkan siapa yang akan menjadi permaisuri hatinya...

Post kali nie, saja nak bagi post yang boleh buat jiwa2 nie tak terlalu lagho dengan mengikut hawa nafsu...tapi cubalah berpegang dengan ayat Allah;

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

Maka, wahai wanita,,,jagalah dirimu untuk suami mu... nescaya kita akan mendapat suami yang juga menjaga dirinya untuk isterinya...

Satu lagi, buat si mawar yang masih tak jumpa teman hidup,
percayalah Tuhan beri masa kepada si dia untuk baiki dirinya untuk dia memimpin kita dalam menjalani bahtera hidup...
Yakinlah bahawa cinta selepas alam perkahwinan itu lebih manis dari cinta sebelum kahwin yang hanya mainan syaitan yang mengindahkan pandangan mata....

tambahan lagi....

"Wanita adalah sayap kiri perjuangan kepada suami..."

Lastly, this is my favourite song...dan berharap suatu hari nanti lagu ini akan diberikan oleh suamiku kepadaku...tak kira la nak menyanyi ke pasang kaset je ke, mp3 ke ape ke, janji dia boleh hadiahkan lagu nie untuk isteri die...


Permaisuri Hatiku
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi

Indahnya perhiasan dunia
Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu

Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu
Malu-mu bernilai Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya

Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur

Menjunjung kasih amanah Ilahi

Ku pasti akan terus menyayangi

Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu


akhir kata, buat semua wanita yang bergelar muslim, belajar-belajar lah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dengan menjaga diri sendiri... jadilah kita seperti mawar yang harum baunya tetapi berduri dan sukar didekati...




Sunday, January 17, 2010

Buatmu sahabat-sahabatku...


Assalamualaikum...


Alhamdulillah, akhirnya dapat jugak hari nie gunakan pautan wireless maktab...boleh la post bahan. tapi hari nie tak dak nak cakap pape. cuma nak buat bingkisan buat sahabat-sahabiah yang banyak membantu diri ini dalam mencari jalan menuju redho-Nya.


Tanpa sahabat-sahabat sekalian, mungkin diri ini sentiasa dalam kelalaian dan leka dengan keseronokan dunia. biasalah dunia nie kan hanya pesinggahan buat semua insan yang bernama manusia. Dunia inilah tempat kita bercucuk tanam dan kat SANA lah kita nak kutip hasil yang dah kita tanam. cuba kita fikirkan, kalau kita tak bercucuk tanam, hasil apa kita nak kutip?? mesti deritakan hidup, kalau tak tanam pastu tak ada apa-apa hasil nak pungut. Mesti susahkan hidup kita??


Tambah pula, syaitan-syaitan pun datang hanya nak menghasut hati-hati ini mengikut mereka. firman Allah yang mafhumnya, syaitan itu yang membuatkan semuanya terasa indah di pandangan mata. Sebab itu lah, wahai jiwa-jiwa yang tenang marilah kita kembali kepada yang Maha Pencipta. Isikan segala kekosongan dihati nie dengan meningati Allah. "Sesungguhnya, ketahuilah bahawa dunia ini penjara bagi mukmin dan syurga bagi orang-orang kafir"


Alhamdulillah, kita patut bersyukur sebab masih ada sahabat-sahabat yang sentiasa nak bagi nasihat dan sudi nak dengar segala masalah kita. itulah kepentingan adanya sahabat dalam perjalanan hidup ini. kalau dia tegok kita bermasalah, dia akan tolong kita...


Sesungguhnya sahabat yang baik itu adalah apabila kita melihat dia kita ingat kepada ALLAH.

Buat semua sahabat-sahabat, syukran sebab masih sama-sama kuat untuk teruskan perjalanan hidup ini untuk agama ini.

Monday, January 4, 2010

Sem Baru Azampun Baru...

Assalamualaikum...
Alhamdulillah, ini post kedua buat blog nie... tak da apa pun nak diungkapkan cuma sebagai satu pembuka tahun baru bagi sem baru di Institut Pentarbiahan Islam nie...

SETIAP orang ada azam baru masing-masing nak mencapai sesuatu yang terbaik buat diri sendiri. tetapi dalam mencapai azam baru nie, jangan lupa azam yang lepas yang masih tak tertunai, boleh up-date balik untuk tahun nie, dan berusahalah untuk mencapai azam tersebut. jangan pula, sekadar berazam tapi tidak pula berusaha nak mencapainya, yang tu sama la dengan orang yang hanya bertawakkal tapi tak berusaha...

Peringatan buat diri dan juga semua, dalam berazam untuk tahun nie dan tahun-tahun yang akan datang, fikirlah dan berazamlah untuk Islam jugak... jagan hanya fikir untuk diri sendiri sahaja... memangla ada orang kata kalau azam untuk diri sendiri pun tak sttle, macam mana nak fikir untuk Islam... betul ke cam 2? tapi, tak salahkan kalau kita fikirkan untuk Islam dari kita fikirkan untuk keseronokkan diri kita.. konsepnya macam nie la, bila kita berfikir untuk Islam, secara tidak langsung kita akan membuka hati kita untuk kita perbaiki diri kita. betul tak??

Berfikir untuk Islam tu tak semestinya hanya berfikir sampai ke tahap nak membina negara islam... memangla susah bila fikir benda yang terlalu jauh... buat permulaannya kita boleh berfikir untuk islam dengan cara bagaimana nak buat Islam nie menang sama ada melalui diri kita belajar bersungguh-sungguh untuk dapat pointer elok... so. secara tidak langsung, non-muslim tegok orang Islam nie bijak...itu pun dah jadi dakwah kita kepada non-muslim. macam-macam cara lagi untuk kita buat untuk Islam nie...fikirlah dan berazamlah untuk AGAMA, dan DIRI...insyaAllah azam tu dapat dicapai ditambah pula dengan Redho Allah...