CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 29, 2010

Camaron Highland




Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang dari Camaroh Highland hari isnin dan selasa lepas...

Tujuan utama kami ke sana adalah untuk mencuba inovasi ISD atau (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang telah kami bina menggunakan microsoft excell. pada sebelumnya, Dislekia ini hanya diuji secara manual dengan diisi oleh guru kelas. Maka kami merupakan perintis yang pertama yang membina dan mencuba untuk digunakan pada murid sekolah...

sEBAGAI tambahan, disleksia tu sebenrnya sejenis penyakit yang kadang-kala guru kelas sendiri pun tak tahu bahawa murid die ada disleksia. boleh dikatakan setiap manusia nie ada disleksia...cuma tahap die saja kritikal atau tidak..contohnya, bagi disleksia biasa susah nak ingat arah kanan kiri, lupa jalan, suka tambah-tambah perkataan pada ayat yang sedia ada dan lain-lain lagi (boleh try search "DISLEKSIA"kat internet. tapi, bagi disleksia yang teruk, kita boleh tegok bila die menulis huruf dengan terbalik contohnye huruf W dengan M, d dengan b dan sebagainya...banyak lagi contoh lain...nie la yang dikatakan special gift yang Allah bagi....



Waktu ke Camaroh Highland hari tu, banyak yang kami belajar... baru saya tahu macam mana susahnya seorang guru tu berkorban untuk mendidik anak muridnya...sekolah Kebangsaan Terisu yang bertempat di pedalaman Camaron Highland tu moajoritinya adalah anak-anak orang asli... keadaan sekolahnya agak dalam dari bandar, kami terpaksa menggunakan van untuk masuk ke dalam ke dalam kawasan sekolah kerana bas tidak mampu untuk masuk ke kawasan tersebut...

Banyak pengalaman yang saya dapat, suatu hari nanti tak mustahil, saya akan ditempatkan di kawasan pedalaman seperti itu juga...hanya Allah Maha Mengetahui keadaan yang akan datang...mudah-mudahan saya diberi kekuatan seperti mana hebatnya guru-guru yang lain yang mampu berkorban demi mendidik anak bangsa...InsyaAllah...

Sunday, April 25, 2010

Muhammad Bin Abdullah...Peribadi seorang pahlawan...



Muhammad bin Abdullah??? kenal ke sape?? jangan kata xkenal pulak...:p

Alhamdulillah,dalam banyak-banyak post nie post perihal Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan salam atas junjugan besar baginda... cuma ingin kongsikan sedikit perihal baginda supaya kita kenal sapa baginda nie...esok di akhirat kelak dia yang akan bagi syafaat pada umat-umatnya....

firman Allah,
"Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan rahmat ke seluruh alam maya ini" (al-anbiya':107)

kata-kata ini dipetik dari Sir George Bernard Shaw

"Jika ada agama yang berpeluang menguasai inggeris, bahkan Eropah-beberapa ratus tahun dari sekarang, ISLAM lah agama itu.

saya sentiasa menghirmati agama Muhammad kerana potensinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan merubah peradaban. saya sudah mempelajari Muhammad, peribadi agung yang jauh dari kesan anti-kristus. Dia harus dipanggil 'SANG PENYELAMAT KEMANUSIAAN'.

Saya yakin apabila orang seperti Muhammad memegang kekuasaan tunggal dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala masalah sedemikian sehingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia. Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah pada masa akan datang dan memang ia mula diterima Eropah pada saat ini.

Dia adalah menusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa dasar agama, mendirikan bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan masyarakat yang kuat dan dinamis bagi melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya. Dia juga merevolusi pemikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang..."

Banyak lagi pandangan tokoh-tokoh dari Eropah yang memandang tinggi pada Nabi Muhammad saw dengan memuji perwatakan banginda...alhamdulillah, kita dilahirkan jadi umatnya...bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat...

Friday, April 23, 2010

seuntai kata, seindah bicara



assalamualaikum...
salam mahabbah...

tak de ape nak dikatakan, cuma sedikit perkongsian dari hamba Allah yang serba lemah ini...mudah-mudahan sama-sama kita kembali ke jalanNya...=)

hadith Rasulullah SAW,
"Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang mengahadapi perkara yang sukar"

tersentuh sampai ke hati bila baca hadith nie... kenal Allah tu bukan sekadar tahu nama dan sifatNya sahaja, tapiwajiblah ingat serta sanggup berkhidmat kepadaNya, memenuhi tuntutanNya pada masa lapang semasa hati, badan dan fikiran dalam keadaan tenang. bukan sahaja ketika sempit dan ditimpa sengsara sahaja baru nak ingat Allah... Allah ingat kita selalu, TAPI KITA???? fikirkan lah sahabat...

Saturday, April 3, 2010

Duhai hati ku.....




"Duhai hati, la tahzan, jgn kamu bersedih! Duhai hati, be strong!Duhai hati, tabahlah! Ingatlah wahai hati, jika kamu lemah, maka tuanmu juga akan lemah! Jika kamu goyah, maka tuanmu juga akan goyah! Maka duhai hati yang kuat, menjadi kuatlah kamu, kerna perananmu amat besar! Duhai hati yang lembut, kelembutanmu bukan suatu kelemahan, malah suatu keistimewaan! Namun dengan hati yang lembut itu, jangan kau cuba untuk menjadi lemah!"

"Duhai hati, la tahzan, jgn kamu bersedih! Duhai hati, be strong!Duhai hati, tabahlah! Ingatlah wahai hati, jika kamu lemah, maka tuanmu juga akan lemah! Jika kamu goyah, maka tuanmu juga akan goyah! Maka duhai hati yang kuat, menjadi kuatlah kamu, kerna perananmu amat besar! Duhai hati yang lembut, kelembutanmu bukan suatu kelemahan, malah suatu keistimewaan...

jika aku bisa memilih...
aku pilih yang mampu menjadi imamku,
menuntut hatiku kepadaNya,
Akan ku pilih yang mampu membimbingku,
Menunjukkan aku mana benar mana salah,
Akan ku pilih yang mengasihiku keranaNya..
Bukan kerana pandangan nafsu,
Naamun pandangan hati yang disandarkan pada cintanya...
Akan ku pilih yang cinta pada jihad di jalannya.
Kerna itu tuntutanNya.
Agar aku bisa menemaninya...

Akan kupilih yang mencintaiNya lebih dari mencintaiku..
Kerna kuyakin dari cinta kepadaNya akan wujud cinta suci untukku,
Akan ku pilih yang sabar hatinya,
kerna kuyakin dengan dia bersabar aku akan merasa tempiasnya tika ujian menimpa,
Akan kupilih yang mahu seiring berjalan denganku,
Agar ada yang memimpin tanganku,
Kerna jalan yang kupilih bukanlah mudah...
"kenapa berjuang itu pahit?, kerana syurga itu manis=)"

KERNA AKU YAKIN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG...

Sunday, March 14, 2010

TARBIYIAH DARI ALLAH




ALHAMDULILLAH....
Akhirnya dapat jugak nak post blog yang terbaru nih...hu3...selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w dan para sahabat terdahulu serta para syuhada'.

sedikit ingin dikongsikan dengan sahabat-sahabat sekalian betapa hebatnya tarbiyah dari Allah...betul macam kata ustaz, tarbiyah tu bukanya hanya bila kita dalam keadaan susah sahaja...tapi tarbiyah tu dari semua aspek kehidupan kita...

cuba kita mahasabah balik hari-hari dalam kehidupan kita...sentiasa Allah bagi tarbiyah kepada hamba-hambanya, cuma kita sedar ataupun tak sedar je. betol tak?...subhanallah..itu lah yang dikatakan tarbiyah dari Allah...

Oleh hal yang demikian(ceh2 guna penanda wacana 2...)jika sekali Allah uji kita dari apa sudut sekalipun, terimalah sesuatu yang Allah bagi tu sebagai satu ujian dari Allah untuk mentarbiyah diri kita. Antara sebab Allah uji kita sebab tujuannya Dia nak tarbiyah kita supaya jadi lebih baik, Allah juga nak uji tahap Iman kita... mampu ke nak hadapi ujiannya...hebatkan AlLah...

Sebab tu, bila kita mendapat ujian dari Allah, jangan fikir negatif saja terhadap Allah...ada yang kata "kenapa time aku susah Allah tak tolong aku, kata Allah tu akan bantu hamba-hambanya?" tak mustahil akan ada manusia yang akan berfikiran macam tu...itu realiti bukan fantasi lagi... kalau la orang yang berfikir macam tu boleh ubah pandangannya terhadap Allah, subhanallah...mesti bertambah imannya... oleh itu, bagi kita manusia biasa nie, kalau Allah uji kita anggap itu sebagai TARBIYAH DARI ALLAH...katakanlah..."subhanallah..hebatnya Allah, dia uji aku sebab Dia masih sayang aku, kalau Dia tak uji aku mesti aku dah lagho...alhamdulillah, Allah masih pandang aku dan tak biarkan aku terus lalai dengan maksiat yang aku lakukan..."

sahabat-sahabat, ini peringatan terutamanya buat diri sendiri dan buat sahabat semua jugak..mudah-mudahan kita sentiasa dalam redhoNYA...AMEEN.

Monday, February 1, 2010

Wahai Hati....

Assaalamualaikum dan salam satu aqidah...
Alhamdulillah, akhirnya masih diberi nikmat iman dan Islam untuk kita sama-sama terus berjuang dan berdakwah di jalan Islam ni.. sama-sama kita panjatkan syukur kepada Tuhan Rabbul Izzati yang mengurniakan kita pelbagai nikmat yang kadang-kadang hanya terlintas difikiran, akhirnya Dia kurniakan kepada kita apa yang kita inginkan...

Di sini, saya cumaa nak kongsikan bahan yang saya dapati, dan berharap agar sama-sama kita manfaatkan segala ilmu yang kita dapat dan ilmu yang kita dapat pulak dapat kita sampaikan kepada orang lain,
sabda Nabi, "sampaikan daripadaku walaupunsatu ayat".. jadi sama-sama kita aplikasikan hadis ni dengan baik untuk kita kongsikan perkara yang baik kepada orang lain jugak...

Alhamdulillah, saya dikurniakan sahabat-sahabat yang memahami (wihdatul fiqr dan wihdatul amal) diri sahabat-sahabat yang lain. adap dalam bersahabat jugak kan kena sntiasa berlapang dada dengan sahabat yang lain. Andaikata ada membuat kita atau anda terguris dengan sahabat yang lain, maka berlapang dadalah dengan sahabat-sahabat kita. Nescaya, tidak akan timbul perasaan marah dan benci dalam hati... nama pun sahabat kan... nak marah pun sayang...hehe...

Buat hati-hati yang lemah dengan ujian yang menimpa, ingatlah bahawa setiap yang datang itu adalah tarbiyah dari Die.. walau seberat manapun, ingatlah bahawa ujian yang Allah bagi itu tak sia-sia... ada galang-gantinya yang kita sendiri tak menduga. Sesungguhnya yang Tuhan bagi tu nak kuatkan lagi kedudukan kita yang sedia ada dan jugak nak bersihkan dosa-dosa kita yang kita buat... hebatkan ALLAH tu... subhanallah... kemudian, bila kita muhasabah balik segala ujian yang dia bagi...baru kita sedar, manisnye ujian itu, dan hebatnye tarbiyah Allah tu kan???... kalau kita antara yang dia bagi ujian yang taktertanggung, bersyukurlah, sesungguhnya, ALLAH masih pilih kita untuk ditarbiyah... Bayangkan kalau ALLAH biarkan kita, macam mana??? mesti hidup pun tak tentu arah...tak dapat hidayah langsung... kalau ALLAH tak uji kita sama macam ALLAH tak pandang kita langsing...nauzubillah...

Alhamdulillah, kita masih jadi hamba yang Dia pilih untuk ditarbiyah... bersyukurlah wahai sahabat kerana kita masih dikurniakan Nikmat Iman dan Islam...

Oleh itu, terimalah buat sahabat-sahabat.. terutamanya muslimat...kuatkan hatimu walau diuji dengan pelbagai ujian darinNya...


wssalam...

Tuesday, January 19, 2010

Buatmu wanita yang bakal bergelar ISTERI...






Assalamualaikum...
hmmm...tak dinafikan setiap manusia yang dewasa mesti akan fikirkan jugak pasal perkahwinan dan bagi perempuan, dia mesti memikirkan siapakah yang akan menjadi rijal di hatinya yang dapat didik dan pimpin jiwa-jiwa yang lemah ini ke jalan-Nya...betul kan?? bagi lelaki pula mungkin memikirkan siapa yang akan menjadi permaisuri hatinya...

Post kali nie, saja nak bagi post yang boleh buat jiwa2 nie tak terlalu lagho dengan mengikut hawa nafsu...tapi cubalah berpegang dengan ayat Allah;

"Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik"

Maka, wahai wanita,,,jagalah dirimu untuk suami mu... nescaya kita akan mendapat suami yang juga menjaga dirinya untuk isterinya...

Satu lagi, buat si mawar yang masih tak jumpa teman hidup,
percayalah Tuhan beri masa kepada si dia untuk baiki dirinya untuk dia memimpin kita dalam menjalani bahtera hidup...
Yakinlah bahawa cinta selepas alam perkahwinan itu lebih manis dari cinta sebelum kahwin yang hanya mainan syaitan yang mengindahkan pandangan mata....

tambahan lagi....

"Wanita adalah sayap kiri perjuangan kepada suami..."

Lastly, this is my favourite song...dan berharap suatu hari nanti lagu ini akan diberikan oleh suamiku kepadaku...tak kira la nak menyanyi ke pasang kaset je ke, mp3 ke ape ke, janji dia boleh hadiahkan lagu nie untuk isteri die...


Permaisuri Hatiku
Album : Jalan Bahagia
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com

Di antara kekasih pilihan dihati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan perkerti yang tinggi

Indahnya perhiasan dunia
Diantara diriku juga diri-mu
Hanya mengharapkan cinta yang Satu

Ku kan binakan mahligai impian-mu
Oh.. sayang ikhlaskanlah hati-mu
Malu-mu bernilai Kata-mu berhikmah
Hati-mu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Allah

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya

Semuanya itu hanya ujian didunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh? Kau Permaisuri di hati-ku
Di dunia ini engkau penghibur

Menjunjung kasih amanah Ilahi

Ku pasti akan terus menyayangi

Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tangan-mu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepada-Nya disyurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hati ku
Untuk menemani dalam mengapai cinta-Mu


akhir kata, buat semua wanita yang bergelar muslim, belajar-belajar lah menjadi yang terbaik untuk diri sendiri dengan menjaga diri sendiri... jadilah kita seperti mawar yang harum baunya tetapi berduri dan sukar didekati...