CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 1, 2010

Wahai Hati....

Assaalamualaikum dan salam satu aqidah...
Alhamdulillah, akhirnya masih diberi nikmat iman dan Islam untuk kita sama-sama terus berjuang dan berdakwah di jalan Islam ni.. sama-sama kita panjatkan syukur kepada Tuhan Rabbul Izzati yang mengurniakan kita pelbagai nikmat yang kadang-kadang hanya terlintas difikiran, akhirnya Dia kurniakan kepada kita apa yang kita inginkan...

Di sini, saya cumaa nak kongsikan bahan yang saya dapati, dan berharap agar sama-sama kita manfaatkan segala ilmu yang kita dapat dan ilmu yang kita dapat pulak dapat kita sampaikan kepada orang lain,
sabda Nabi, "sampaikan daripadaku walaupunsatu ayat".. jadi sama-sama kita aplikasikan hadis ni dengan baik untuk kita kongsikan perkara yang baik kepada orang lain jugak...

Alhamdulillah, saya dikurniakan sahabat-sahabat yang memahami (wihdatul fiqr dan wihdatul amal) diri sahabat-sahabat yang lain. adap dalam bersahabat jugak kan kena sntiasa berlapang dada dengan sahabat yang lain. Andaikata ada membuat kita atau anda terguris dengan sahabat yang lain, maka berlapang dadalah dengan sahabat-sahabat kita. Nescaya, tidak akan timbul perasaan marah dan benci dalam hati... nama pun sahabat kan... nak marah pun sayang...hehe...

Buat hati-hati yang lemah dengan ujian yang menimpa, ingatlah bahawa setiap yang datang itu adalah tarbiyah dari Die.. walau seberat manapun, ingatlah bahawa ujian yang Allah bagi itu tak sia-sia... ada galang-gantinya yang kita sendiri tak menduga. Sesungguhnya yang Tuhan bagi tu nak kuatkan lagi kedudukan kita yang sedia ada dan jugak nak bersihkan dosa-dosa kita yang kita buat... hebatkan ALLAH tu... subhanallah... kemudian, bila kita muhasabah balik segala ujian yang dia bagi...baru kita sedar, manisnye ujian itu, dan hebatnye tarbiyah Allah tu kan???... kalau kita antara yang dia bagi ujian yang taktertanggung, bersyukurlah, sesungguhnya, ALLAH masih pilih kita untuk ditarbiyah... Bayangkan kalau ALLAH biarkan kita, macam mana??? mesti hidup pun tak tentu arah...tak dapat hidayah langsung... kalau ALLAH tak uji kita sama macam ALLAH tak pandang kita langsing...nauzubillah...

Alhamdulillah, kita masih jadi hamba yang Dia pilih untuk ditarbiyah... bersyukurlah wahai sahabat kerana kita masih dikurniakan Nikmat Iman dan Islam...

Oleh itu, terimalah buat sahabat-sahabat.. terutamanya muslimat...kuatkan hatimu walau diuji dengan pelbagai ujian darinNya...


wssalam...

0 comments: