CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, July 26, 2010

BINA INSAN GURU




Dimulai dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang...
Alhamdulillah, saya masih dipanjangkan usia hingga ke hari ini dengan nikmat yang diberi untuk mengecapi segala rahmat dari-Nya...syukurku pada-Mu Ya Allah....

Bina Insan Guru atau BIG yang saya sertai bagi semester ini merupakan BIG kali ke-4 bagi saya...
Alhamdulillah, Tuhan berikan pelbagai pengalaman yang sukar dilupakan dan menjadi memori indah dalam ingatan bagi seorang insan yang bakal bergelar guru...

BIG kali ini kami telah bersepakat untuk adakan di Pantai Remis iaitu di kampung nelayan.. sebelum tiba di sana, macam-macam berligat di dalam fikiran saya, antaranya...sapa yang akan jadi family angkat saya dan macam mana keadaan kampung tu... sebabnya saya hanya terbayang mereka juga hidup di dalam keadaan yang agak susah...

waktu dapat keluarga angkat tu, saya dan dua orang lagi student IPG yang menjadi adik beradik kepada keluarga angkat tersebut di bawa pulang kerumah... sebelum tu, sy harap sangat dia xade anak lelaki sebab susah sikit nak jaga kalau ada anak laki. last2, alhamdulillah, anak-anak family angkat tu memang xde kat rumah, semua anak-anak famly angkat 2 bekerja dan ada yang masih belajar...

saya dan rakan saya yang dua orang lagi tu dilayan seperti anak sendiri... seronok ada kat sana, macam katkampung sendiri... kami membahasakan panaggilah 'abah dan ummi' kepada ibu dan ayah angkat kami, mereka pun suka dengan panggilan 2...

Abah angkat saya bekerja sebagai nelayan, setiap hari akan turun ke laut untuk mendapatkan sumber laut... bagi mereka laut merupakan mata pencarian yang utama... sebab 2 ada pepatah yang menyatakan "kalau takut di lambung ombak jangan berumah di tepi pantai"...tapi bagi nelayan kat sini, laun merupakan sumber utama rezeki mereka sehari-hari...walaupun ada jiran yang pernah tekorban di laut. Agak menyedihkan bila mendengarkan perkara nie...tapi mati tu kan pasti, cuma kita je tak tahu bila dan di mana...kan???

Ummi pulak, tak la berapa sihat sangat...biasala enjin lama(kata abah)...tapi disebabkan kehadiran kami kat rumah 2, dia cuba layan kami dengan baik...siap sediakan juadah pagi petang sampai la ke malam...kami apa lagi, makan je setiap masa...xpernah xcukup makan...sedih jugak bila ingat balik, ummi dengan abah angkat kami nie takla berada sangat tapi dia cuba bagi kami makan apa yang termampu...(terharunyeeee =(....). Lecterer kate kat situ melayu hanya 30% je...kebanyakan tinggal kat kampung...cina dan india banyak tinggal kat bandar..sebab tu saya pergi kedai kat bandar majoriti cina ja yang ada kedai..melayu keja jual kuih, nelayan dan pembantu-pembantu kecik je...tapi tak dinafikan ada jugak anak-anak melayu kampung tu yang jadi guru...mudah-mudahan guru-guru ini lah yang membuka mata penduduk kampung dan anak-anak kampung betapa pentingnya PENDIDIKAN dalam merubah nasib keluarga mereka yang sederhana tu...

Satu lagi perkara yang agak menyedihkan saya, abah dan ummi angkat nie masih kurang faham lagi tentang agama...yang mereka faham Islam tu hanyalah solat je... saya cakap macam ni sebab, abah angkat pernah cakap "buat apa pakai tudung dalam rumah, xpayah pakai la...abah dengan ummi ja"...ermmmm..terkejut jugak bila abah cakap macam 2...tapi kita tak boleh salahkan mereka, mungkin tak faham dan tak dapat pendedahan...hmmm...

satu labi bila abah ajak naik motor dengan dia,...bagi abah angkat mungkin dia angap kami macam anak-anak, tapi kamu tetap bukan anak dia dan orang yang boleh kahwin dengan dia...so, Alhamdulillah...kami ada ilmu dan tahu pasal aurat dan ikhtilat..kalau kami jahil, kami mesti ikut sebab tak faham....

Terkilan jugak dalam hati saya sebab saya tak berbuat apa-apa untuk faham kan mereka...cuma kami tak ikut apa yang abah angkat cakap...alhamdulillah rakan yang sekali dengan saya pun faham pasal aurat dan ikhtilat...dan mereka pun menutup aurat sampai hari akhir kat situ....


emmmm....syukurlah, macam-macam pengajaran dan pengalaman yang saya dapat...mudah-mudahan menjadi panduan kepada saya dan orang lain di masa akan datang....InsyaAllah..

0 comments: