Assalamualaikum...
Lama sudah tak menulis dan meluahkan rasa hati kat sini.Mungkin disebabkan oleh kekangan masa yang dengan kesibukan exam dan kahidupan di kampus. Namun itu tak boleh dijadikan alasan sebab orang lain boleh ja menulis dalam waktu yang sibuk.
Masih tak terlambat untuk ucapkan selamat bercuti buat sahabat-sahabat dan kawan-kawan yang dirindui. Rindu kat sahabat-sahabat semua.
Dalam bercuti pun, jangan lupa penuhkan diri dengan Ilmu yang bermanfaat. "Ilmu itu pelita hidup", lirik lagu sekolah rendah dulu...tak kira la ilmu apa pun, dunia dana akhirat.
Tapi time ni la peluang untuk kita tambah ilmu agama kita. Belajar Al-quran dan Hadis. Sebab kalau kat kampus, kadang-kadang baca quran sehari sekali pun belum tentu. Jadi masa yang ada sama-sama kita manfaatkan untuk penuhkan diri dengan ilmu. Sebab tu, kita nie sekurang-kurangnya kita kena baca 10 ayat quran sehari di luar solat. Itu pun paling kurang... Oleh itu, muhasabah balik diri kita...
Seperti mana kisah Sirah Abu Hurairah,
Suatu ketika Abu Hurairah keluar menuju ke pasar. Seperti biasanya, dia pergi berjumpa orang-orang yang sedang melakukan urusan juaal beli dengan menggunakan mata wang dirham dan dinar. Dari fenomena ini,Abu Hurairah menyedari bahawa ada urusan perdagangan yang lebih besar dan menguntungkan dan lebih menarik daripada perdagangan yang sedang dilakukan di pasar tersebut. Akhirnya dengan penuh keyakinan diri dia berseru kepada orang di tengah pasar;
"Wahai saudaraku semua, mengapa kalian melakukan jual beli di tempat ini(pasar)? sedangkan di masjid, warisan Rasulullah sedang diagih-agihkan"
Mendengar khabar itu, mereka segera bergegas ke Masjid Nabi untuk mendapat barang yang diprkatakan oleh Abu Hurairah, seperti beras, gandum, kismis, kurma mata wang dirhan dan dinar serta lain-lainnya.
Lalu, ketika tiba di masjid, masing-masing memilih pintu yang berbeza untuk untuk mendapatkan bahagian masing-masing. Tetapi alangkah terkejutnya mereka apabila yang dillihat mereka hanya kelompok-kelompok kecil yang sedang mengadakan kajian Al-quran dan hadis-hadis nabi. Kerana tidak berpuas hati dengan apa yang dilihat, mereka mencari-cari hingga ke setiap sudut.
Dek kerana tidak puas hati dengan kata-kata Abu Hurairah itu, mereka langsung bertemu dengan Abu Hurairah;
" Kami hanya melihat kelompok kecil mengadakan kajian Al-quran dan hadis di masjid, di mana harta warisan yang kami maksudkan itu??" kata mereka.
"BUKAN kah itu adalah harta warisan Rasulullah yang sebenarnya??, siapa yang mengambilnya (mempelajari dan mengamalkannya), nescaya dia akan mendapatkan keberuntungan"...
maka, dapatlah kita lihat di sini bahawa, Al-quran dan hadis adalah harta yang ditinggalkan oleh Nabi kita, Nabi Muhammad SAW. sepertimana hadis Nabi, Barangsiapa berpegang teguh dengan Al-quran dan Hadis, dia tak kan sesat selama-lamanya...
Jadi sama-sama lah kita manfaatkan masa cuti kita ini dengan perkara yang berfaedah, insyaAllah...
p/s: jangan lupa waktu cuti ini kita penuhkan solat sunat Dhuha. Mudah-mudahan dibukan pintu rezeki buat kita...(peringatan buat diri sendiri jugak)
My New Life 2021
3 years ago