Assalamualaikum...
~~sekadar renungan bersama..di petik dr msg yg di hantar oleh 'peace4isalam'..~~^_^
Pada satu musim haji, beberapa orang ahli sufi telah berkumpul di Mekkah termasuk Abu Bakar Al-Kattani dan Al-Junaid Al-Bagdadi. Waktu itu Junaid masih lagi muda tetapi merupakan ahli sufi, yang demikian beliau merupakan kalangan ahli sufi yang termuda di dalam majlis tersebut.
Mereka sedang membahaskan konsep cinta kepada Allah khususnya menurut ahli sufi. Masing-masing mengemukakan pendapat masing-masing di dalam majlis tersebut. Setelah itu mereka yang lain merasa ingin mendengar pula pendapat ahli sufi muda ini dalam hal tersebut.
"Sila kemukakan pendapatmu wahai pemuda Iraq." kata mereka kepada Al-Junaid. Maka tertunduklah kepala Al-Junaid dan bersertalah air matanya mengalir dipipinya yang kemudian mengangkat kembali kepalanya seraya berkata,
"Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah subhanahu wa ta`ala. Dia sentiasa melaksanakan segala tugas-tugas yang Allah suruhkan kepadanya, dia melihat kebesaran Allah dengan mata hatinya. Nur Allah dan kebesaran-Nya menguasai dan menghiasi seluruh jiwanya, sehingga kosong hatinya dari apa saja melainkan Allah.
Dia telah minum air cinta yang jernih daripada-Nya. Tersingkaplah segala Hijab sehingga jelas baginya. Maka jika ia bercakap, dia tidak bercakap melainkan bersama Allah. Dari mulutnya tidak keluar satu perkataan melainkan Allah. Demikian jua jika ia bergerak, maka gerak itu atas perintah Allah, dan jika ia mendiamkan diri, dia bersama Allah. Pokoknya segala apa saja gerakan, perkataan dan fikirannya hanyalah kerana Allah dan bersama Allah."
Mendengar keterangan yang sangat menakjubkan itu, maka menangislah kesemua ahli sufi yang hadir dan syeikh yang hadir, lalu berkata "Tidak ada penjelasan yang lebih baik dan terang selain itu." Mereka tersangat kagum kepada Junaid kerana masih terlalu muda dan berupaya mengeluarkan perkataan itu. "Semoga Allah tetap membimbingmu wahai mahkota kerohanian," kata mereka lagi.
Firman Allah kepada Nabi Daud;
"HambaKu yang aku cintai adalah mereka yang mencari Aku, bukan kerana takutkan hukumanKu atau hendakkan kurniaanKu, tetapi semata-mata Aku ini Tuhan"
"Tidak beriman seorang kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain." (Bukhari & Muslim)
Tersebut dalam Kitab Zabur:
"Siapakah yang lebih zalim daripada orang yang beribadah kepadaKu kerana syurga atau neraka, kalaulah Aku tidak menciptakan syurga atau neraka, apakah aku tidak layak untuk ditaati?"
Abu Sulaiman berkata;
"Siapa yang hari ini (ketika hidup) sibuk dengan dirinya, maka dia itu nanti (setelah mati) akan sibuklah dengan dirinya sendiri. Siapa hari ini sibuk dengan Tuhannya, maka dia itu esok akan sibuk juga dengan Tuahnnya."
Wahyu Allah s.w.t kepada Nabi Isa a.s.;
"Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari 'cintaKu' (padanya)."
Kata Junaid;
"Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.
Antara bukti kecintaan hamba kepada Khaliq:
1. Cinta untuk bertemu Tuhannya
2. Membanyakkan sujud
3. Sanggup mencari syahid dan berjuang di jalan Allah
4. Tidak akan berbuat maksiat
5. Cinta untuk berzikir kepada-Nya
6. Cinta kepada Al Quran
7. Rajin bertahajjud
8. Berasa nikmat apabila mentaati perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya
9. Tidak terpengaruh dengan celaan orang.
10.Takut - iaitu takut pada tempatnya.
11. Menyembunyikan kecintaan.
dipetik dari sumber lain:facebook...
Friday, May 21, 2010
Sehebat mana cintamu wahai pemuda....
Posted by Nuruliman at 8:53 PM 0 comments
Thursday, May 20, 2010
Disleksia...
Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur untuk teruskan sisa hidup yang masih ada ini. Mudah-mudahan dapat kita wakafkan sisa hidup yang masih ada ini untuk Islam.
Disini, sedikit ingin saya kongsikan mengenai apakah itu disleksia. Ramai yang tak tahu apakan itu disleksia. kan???
Pada semester ini, Pendidikan Disleksia merupakan antara salah satu subjek yang saya dan kelas saya pelajari. Banyak ilmu baru yang saya pelajari. Bagaimanapun, jika dilihat dan diperhatikan kanak-kanak disleksia ini tidak mengetahui apakah itu disleksia dan ciri-cirinya. Disleksia ini juga ramai tidak ketahui bagaimana untuk mengenalpasti kanak-kanak ini.
Kanak-kanak ini mempunyai ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak yang lain dan tiada perbezaannya. Namun, kanak-kanak ini dapat dikesan melalui penulisan atau pembacaan kanak-kanak sahaja. Malangnya, ramai guru-guru kelas sendiri tidak mengetahui wujudnya kanak-kanak ini. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak ini sentiasa disisihkan.
Oleh itu, di sini saya berikan sedikit bahan mengenai DISLEKSIA....
Apakah disleksia
Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.
Jenis-jenis disleksia
Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.
Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :
Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik
Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori
Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio
Bagaimana Disleksia terjadi?
• Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis.
• Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
• Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan.
• Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
• Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.
• Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.
OLEH ITU, BAGI INSAN YANG BAKAL BERGELAR GURU DAN KEPADA INSAN YANG BAKAL BERGELAR IBU BAPA, KITA WAJIB UNTUK MENGETAHUI APAKAH ITU disleksia....
Sebarang pertanyaan boelh tanya saya dan boleh rujuk kat mana-mana laman web...
Posted by Nuruliman at 9:07 AM 0 comments
Saturday, May 15, 2010
Palestin akan dimiliki lagi.....
"Sesiapa yang menguasai Palestin, maka dia telah menguasai dunia seluruhnya" Salah al-Din. (Solahuddin Al-Ayubi)
PALESTINE WILL BE FREE
Lyrics: Maher Zain & Bara Kherigi
Melody: Maher Zain
Every day we tell each other
That this day will be the last
And tomorrow we all can go home free
And all this will finally end
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
No mother no father to wipe away my tears
That’s why I won’t cry
I feel scared but I won’t show my fears
I keep my head high
Deep in my heart I never have any doubt
That Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
I saw those rockets and bombs shining in the sky
Like drops of rain in the sun’s light
Taking away everyone dear to my heart
Destroying my dreams in a blink of an eye
What happened to our human rights?
What happened to the sanctity of life?
And all those other lies?
I know that I’m only a child
But is your conscience still alive
I will caress with my bare hands
Every precious grain of sand
Every stone and every tree
‘Cause no matter what they do
They can never hurt you
Coz your soul will always be free
Palestine tomorrow will be free
Palestine tomorrow will be free
INSYAALLAH PALESTINE AKAN KITA MILIKI...tapi terpulang pada peranan kita sebagai muslim dalam menangani isu paletin iaitu saudara kita yg berada di sana.
HADITH NABI YANG BERMAKSUD;
"barangsiapa yang tidak mengambil berat perihal kaum muslimin, maka dia bukan dari kalangan mereka" (al-hadith)
Posted by Nuruliman at 1:04 AM 0 comments
Tuesday, May 11, 2010
EXAMMMMMM....
ALHAMDULILLAH...
Hari-hari berjalan dengan baik. 19 hari bulan, kampus dah start exam. prning kepala jugak bila fikir pasal study. banyak lagi tak study. nak tawakkal tak boleh kalau takde usaha. takkan Allah senang-senang nak bagi kalau tak usaha nak berjaya. betul tak???...
macam kisah yang berlaku pada zaman Nabi Muhammad dulu.. bila ada seorang sahabat yang nak menunaikan solat, sebelum masuk masjid dia sempat jumpa Nabi. Bila Nabi tanya kenapa tak ikat unta dia, sahabat itu menjawab " aku bertawakkal kepada Allah". Lalu nabi memberi teguran "kalau nak tawakkal tak boleh macam tu, sekurang-kurangnya ikat la dulu unta tu baru nak tawakkal". Sama la konsep macam sekarang, kalau tak study apa-apa jagan harap Allah nak bagi, jangan nak tawakkal je tanpa usaha... faham kan maksudnye...???
kesimpulannya (USAHA+DOA+TAWAKKAL=insyaAllah KEJAYAAN)
BUAT semua sahabat-sahabat dan juga adik-adik usrah, buat yang terbaik untuk exam nih... yang penting doa mak ayah, redho mak ayah dan juga doa kita kepada Allah.
Posted by Nuruliman at 1:45 AM 0 comments
Monday, May 3, 2010
InSyaAlLah...
InsyaALLAH BY Maher Zain
jAGAN BERSEDIH...LA TAHZAN...INSYAALLAH Allah bantu kita dalam apa jua kita lakukan..
sahabat-sahabat, sama-sama kita hayati lirik nie...yakin, InsyaALLAH Allah bersama-sama kita dalam apa jua keadaan. Allah is by our side... sama ada dalam keadaan susah mahu pun senang. Allah is the ONE...
INSYAllah...
Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way
Firman AlLah;
"maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepada-Mu, Bersyukurlah kepada-Ku, dan jangan lah kamu ingkar kepada-Ku" (Al-Baqarah:152)
Posted by Nuruliman at 1:10 AM 0 comments