Alhamdulillah, selamat pergi dan pulang dari Camaroh Highland hari isnin dan selasa lepas...
Tujuan utama kami ke sana adalah untuk mencuba inovasi ISD atau (Instrumen Senarai Semak Disleksia) yang telah kami bina menggunakan microsoft excell. pada sebelumnya, Dislekia ini hanya diuji secara manual dengan diisi oleh guru kelas. Maka kami merupakan perintis yang pertama yang membina dan mencuba untuk digunakan pada murid sekolah...
sEBAGAI tambahan, disleksia tu sebenrnya sejenis penyakit yang kadang-kala guru kelas sendiri pun tak tahu bahawa murid die ada disleksia. boleh dikatakan setiap manusia nie ada disleksia...cuma tahap die saja kritikal atau tidak..contohnya, bagi disleksia biasa susah nak ingat arah kanan kiri, lupa jalan, suka tambah-tambah perkataan pada ayat yang sedia ada dan lain-lain lagi (boleh try search "DISLEKSIA"kat internet. tapi, bagi disleksia yang teruk, kita boleh tegok bila die menulis huruf dengan terbalik contohnye huruf W dengan M, d dengan b dan sebagainya...banyak lagi contoh lain...nie la yang dikatakan special gift yang Allah bagi....
Waktu ke Camaroh Highland hari tu, banyak yang kami belajar... baru saya tahu macam mana susahnya seorang guru tu berkorban untuk mendidik anak muridnya...sekolah Kebangsaan Terisu yang bertempat di pedalaman Camaron Highland tu moajoritinya adalah anak-anak orang asli... keadaan sekolahnya agak dalam dari bandar, kami terpaksa menggunakan van untuk masuk ke dalam ke dalam kawasan sekolah kerana bas tidak mampu untuk masuk ke kawasan tersebut...
Banyak pengalaman yang saya dapat, suatu hari nanti tak mustahil, saya akan ditempatkan di kawasan pedalaman seperti itu juga...hanya Allah Maha Mengetahui keadaan yang akan datang...mudah-mudahan saya diberi kekuatan seperti mana hebatnya guru-guru yang lain yang mampu berkorban demi mendidik anak bangsa...InsyaAllah...
Thursday, April 29, 2010
Camaron Highland
Posted by Nuruliman at 12:20 AM 0 comments
Labels: pengalaman sebagai guru
Sunday, April 25, 2010
Muhammad Bin Abdullah...Peribadi seorang pahlawan...
Muhammad bin Abdullah??? kenal ke sape?? jangan kata xkenal pulak...:p
Alhamdulillah,dalam banyak-banyak post nie post perihal Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Selawat dan salam atas junjugan besar baginda... cuma ingin kongsikan sedikit perihal baginda supaya kita kenal sapa baginda nie...esok di akhirat kelak dia yang akan bagi syafaat pada umat-umatnya....
firman Allah,
"Tidak aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan rahmat ke seluruh alam maya ini" (al-anbiya':107)
kata-kata ini dipetik dari Sir George Bernard Shaw
"Jika ada agama yang berpeluang menguasai inggeris, bahkan Eropah-beberapa ratus tahun dari sekarang, ISLAM lah agama itu.
saya sentiasa menghirmati agama Muhammad kerana potensinya. Ini adalah satu-satunya agama yang bagi saya memiliki kemampuan menyatukan dan merubah peradaban. saya sudah mempelajari Muhammad, peribadi agung yang jauh dari kesan anti-kristus. Dia harus dipanggil 'SANG PENYELAMAT KEMANUSIAAN'.
Saya yakin apabila orang seperti Muhammad memegang kekuasaan tunggal dunia moden ini, dia akan berhasil mengatasi segala masalah sedemikian sehingga membawa kedamaian dan kebahagiaan yang diperlukan dunia. Ramalanku, keyakinan yang dibawanya akan diterima Eropah pada masa akan datang dan memang ia mula diterima Eropah pada saat ini.
Dia adalah menusia teragung yang pernah menginjakkan kakinya di bumi ini. Dia membawa dasar agama, mendirikan bangsa, meletakkan dasar-dasar moral, memulai sekian banyak gerakan pembaharuan sosial dan politik, mendirikan masyarakat yang kuat dan dinamis bagi melaksanakan dan mewakili seluruh ajarannya. Dia juga merevolusi pemikiran serta perilaku manusia untuk seluruh masa yang akan datang..."
Banyak lagi pandangan tokoh-tokoh dari Eropah yang memandang tinggi pada Nabi Muhammad saw dengan memuji perwatakan banginda...alhamdulillah, kita dilahirkan jadi umatnya...bersyukurlah dengan nikmat yang kita dapat...
Posted by Nuruliman at 6:13 AM 0 comments
Friday, April 23, 2010
seuntai kata, seindah bicara
assalamualaikum...
salam mahabbah...
tak de ape nak dikatakan, cuma sedikit perkongsian dari hamba Allah yang serba lemah ini...mudah-mudahan sama-sama kita kembali ke jalanNya...=)
hadith Rasulullah SAW,
"Peliharalah Allah, nescaya engkau dapatiNya berada di hadapan engkau, menyertai dan menolong engkau. Dan kenallah Allah pada masa lapang, nescaya Ia kenal engkau pada masa susah dikala engkau sedang mengahadapi perkara yang sukar"
tersentuh sampai ke hati bila baca hadith nie... kenal Allah tu bukan sekadar tahu nama dan sifatNya sahaja, tapiwajiblah ingat serta sanggup berkhidmat kepadaNya, memenuhi tuntutanNya pada masa lapang semasa hati, badan dan fikiran dalam keadaan tenang. bukan sahaja ketika sempit dan ditimpa sengsara sahaja baru nak ingat Allah... Allah ingat kita selalu, TAPI KITA???? fikirkan lah sahabat...
Posted by Nuruliman at 9:10 PM 0 comments
Labels: tarbiyah
Saturday, April 3, 2010
Duhai hati ku.....
"Duhai hati, la tahzan, jgn kamu bersedih! Duhai hati, be strong!Duhai hati, tabahlah! Ingatlah wahai hati, jika kamu lemah, maka tuanmu juga akan lemah! Jika kamu goyah, maka tuanmu juga akan goyah! Maka duhai hati yang kuat, menjadi kuatlah kamu, kerna perananmu amat besar! Duhai hati yang lembut, kelembutanmu bukan suatu kelemahan, malah suatu keistimewaan! Namun dengan hati yang lembut itu, jangan kau cuba untuk menjadi lemah!"
"Duhai hati, la tahzan, jgn kamu bersedih! Duhai hati, be strong!Duhai hati, tabahlah! Ingatlah wahai hati, jika kamu lemah, maka tuanmu juga akan lemah! Jika kamu goyah, maka tuanmu juga akan goyah! Maka duhai hati yang kuat, menjadi kuatlah kamu, kerna perananmu amat besar! Duhai hati yang lembut, kelembutanmu bukan suatu kelemahan, malah suatu keistimewaan...
jika aku bisa memilih...
aku pilih yang mampu menjadi imamku,
menuntut hatiku kepadaNya,
Akan ku pilih yang mampu membimbingku,
Menunjukkan aku mana benar mana salah,
Akan ku pilih yang mengasihiku keranaNya..
Bukan kerana pandangan nafsu,
Naamun pandangan hati yang disandarkan pada cintanya...
Akan ku pilih yang cinta pada jihad di jalannya.
Kerna itu tuntutanNya.
Agar aku bisa menemaninya...
Akan kupilih yang mencintaiNya lebih dari mencintaiku..
Kerna kuyakin dari cinta kepadaNya akan wujud cinta suci untukku,
Akan ku pilih yang sabar hatinya,
kerna kuyakin dengan dia bersabar aku akan merasa tempiasnya tika ujian menimpa,
Akan kupilih yang mahu seiring berjalan denganku,
Agar ada yang memimpin tanganku,
Kerna jalan yang kupilih bukanlah mudah...
"kenapa berjuang itu pahit?, kerana syurga itu manis=)"
KERNA AKU YAKIN ALLAH ADALAH SEBAIK-BAIK PENOLONG...
Posted by Nuruliman at 7:59 PM 0 comments