CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 20, 2010

Disleksia...


Assalamualaikum wbt...
Alhamdulillah, syukur masih dipanjangkan umur untuk teruskan sisa hidup yang masih ada ini. Mudah-mudahan dapat kita wakafkan sisa hidup yang masih ada ini untuk Islam.


Disini, sedikit ingin saya kongsikan mengenai apakah itu disleksia. Ramai yang tak tahu apakan itu disleksia. kan???

Pada semester ini, Pendidikan Disleksia merupakan antara salah satu subjek yang saya dan kelas saya pelajari. Banyak ilmu baru yang saya pelajari. Bagaimanapun, jika dilihat dan diperhatikan kanak-kanak disleksia ini tidak mengetahui apakah itu disleksia dan ciri-cirinya. Disleksia ini juga ramai tidak ketahui bagaimana untuk mengenalpasti kanak-kanak ini.

Kanak-kanak ini mempunyai ciri fizikal yang sama seperti kanak-kanak yang lain dan tiada perbezaannya. Namun, kanak-kanak ini dapat dikesan melalui penulisan atau pembacaan kanak-kanak sahaja. Malangnya, ramai guru-guru kelas sendiri tidak mengetahui wujudnya kanak-kanak ini. Hal ini akan menyebabkan kanak-kanak ini sentiasa disisihkan.

Oleh itu, di sini saya berikan sedikit bahan mengenai DISLEKSIA....

Apakah disleksia
Kepayahan memahami perkataan. Kepayahan dalam melihat perkataan, mendengar sebutan perkataan, menyebut perkataan dan sebagainya.ia juga disebut kesukaran dalam mentafsir fonologi yang bermaksud kesukaran dalam menggambarkan dan menghubungkaitkan perkataan dalam ingatan untuk mengingati perkataan itu.

Jenis-jenis disleksia

Disleksia melibatkan orang dari pelbagai latar belakang tanpa mengira umur, jantina atau bangsa. Disleksia biasanya boleh diperturunkan daripada ibu bapa kepada kanak-kanak.



Disleksia boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iaitu :

Disleksia visual (penglihatan)
Kesukaran utama yang dihadapi ialah untuk mengigat dan mengenal abjad serta konfugirasi perkataan. Simbol-simbol perkataan yang dicetak juga sukar untuk diterjemahkan. Kemungkinan untuk melihat abjad-abjad tertentu atau sebahagian perkataan adalah secara terbalik

Disleksia auditori (pendengaran)
Kesukaran untuk mengingat bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata perkataan dan menyusun atau menggabungkan suku kata bagi menyembunyikan perkataan. Bunyi percakapan yang tuturkan secara halus juga tidak dapat dibezakan. Masalah untuk membezakan bunyi vokal dengan konsonan juga dihadapi oleh disleksia auditori

Disleksia visual-auditori
Kesukaran mambaca yang amat teruk dan ini disebabkan oleh kelemahan untuk memproses tulisan secara visual dan audio


Bagaimana Disleksia terjadi?

• Kesilapan yang dilakukan oleh kanak-kanak ini banyak persamaan dengan kesilapan yang dilakukan oleh orang dewasa aphasia yang menghadapi kerosakan otak. Perbezaannya adalah mangsa aphasia telah pun mempunyai kemahiran membaca dan menulis tetapi disebabkan kecederaan di otak, dia tidak dapat lagi membaca dan menulis sementara kanak-kanak disleksia pula tidak pernah mempunyai kemahiran membaca dan menulis.
• Biasanya penyakit ini telah sedia ada dalam gen keluarga kanak-kanak tersebut. Ini telah dibuktikan oleh Hallgren (1970) yang membuat kajian ke atas 12 pasangan kembar monozygote dan mendapati kesemua keluarga 12 kes tersebut menghadapi masalah dalam bacaan dan ejaan semasa zaman kanak-kanak.
• Didapati penyakit ini banyak menyerang kanak-kanak lelaki daripada kanak-kanak perempuan dengan kadar 3:1/2:1. Ini disebabnya oleh orang lelaki lebih banyak tanggungjawab berbanding orang perempuan.
• Disleksia berlaku secara perkembangan atau pembinaan iaitu berkembang sedikit demi sedikit. Bahagian-bahagian tertentu dalam otak tidak berapa matang atau dengan kata lain perkatan pertumbuhannya tidak seimbang lalu menyebabkan bahagian otak yang mengawal bacaan dan ejaan tidak dapat lagi berfungsi dengan sepenuhnya.
• Berlaku perlawanan dalam dua cerebral hemisphere dalam menguasai kemahiran bacaan dan ejaan. Pada kebiasaannya hemisphere kiri yang menguasai bacaan tetapi kerana ianya lemah maka terjadilah keterbalikkan perkataan dan huruf kepada kanak-kanak ini.
• Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa masalah dysleksia adalah disebabkan oleh pengajaran guru yang tidak berkesan. Pendapat ini telah ditentang hebat dengan alasan jika pengajaran guru tidak sesuai, sudah tentu terdapat satu kumpulan murid di dalam kelas yang menghadapi disleksia.
• Berlaku akibat rencatan secara am di dalam perkembangan bahasa kanak-kanak itu.


OLEH ITU, BAGI INSAN YANG BAKAL BERGELAR GURU DAN KEPADA INSAN YANG BAKAL BERGELAR IBU BAPA, KITA WAJIB UNTUK MENGETAHUI APAKAH ITU disleksia....

Sebarang pertanyaan boelh tanya saya dan boleh rujuk kat mana-mana laman web...

0 comments: